Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkin
utama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana kesan globalisasi juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.
Kesan seterusnya yang akan timbul apabila masyarakat membuat tanggapan negatif yang sering kita dengar tentang PTV yang sama ia merupakan sejenis pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja salah dari keadaan sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat pelajar untuk mengikuti PTV. Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik dan vokasional. Di
mana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan sekolah teknik dan vokasional ini seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran mereka ke politeknik atau IPT. Menuju kearah negara perindustrian, di mana banyak kilang dan sektor pembinaan memerlukan tenaga mahir. Oleh itu, mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang amatlah cerah. (Sufean Hussein (1996).
No comments:
Post a Comment